Halaman

Selasa, 19 Februari 2013

Luruskan

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus .. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah Didiklah mereka dengan panduan dariNYA Jangan coba menjinakkan mereka dengan harta karena nantinya mereka semakin liar Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan karena nantinya mereka akan semakin derita Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal Di situlah puncak kekuatan dunia .. Akal setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu Hati serapuh kaca Kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin.. ""

Khamis, 14 Februari 2013

Akibat Zina

ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya.  Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah : 

1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan. 

Hukuman Zina 
 Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:

Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun. 

Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.

Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat. 

Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan 

1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.

2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.

3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.

4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.

5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.

6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.

7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.

8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.

9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah. 

Bertaubat:,
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya: 

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68) 

“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)

 “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70) 

Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam…. 

Selasa, 12 Februari 2013

Tanda-Tanda Hati Yang Mati

→ Berani meninggalkan solat 
dengan sengaja tanpa keuzuran 

→ Tenang tanpa merasa 
berdosa padahal sedang 
melakukan dosa2 besar 

→ Tidak tersentuh hatinya bila 
mendengar ayat-ayat 
Alquran...bahkan menjauhi nya 
pula 

→ Terus menerus melakukan 
maksiat dan dengan bangga 
melakukan maksiat itu..malah 
dipertontonkan pula 
kemaksiatan yang dilakukan 
supaya menjadi ikutan pada 
yang lain 

→ Sibuknya gelak 
ketawa..mengumpat, mengata 
dan buruk sangka daripada 
mengingati Allah Swt dan 
RasulNya 

→ Sangat benci bila mendengar 
nasihat yang baik dan benci 
pada para alim ulama 

→ Tidak ada rasa takut akan 
peringatan kematian, kuburan 
dan akhirat..(seksa dan azab) 

→ Gilanya pada dunia (harta 
dan kemewahan) tanpa peduli 
dosa 

→ Senang melihat orang susah 
dan menderita...malahan 
mengaut pula keuntungan 
daripada derita orang tersebut 

||bagaimana hendak menjaga 
hati daripada mati???|| 

→ jangan tinggal solat 5 waktu 
dan perbanyakkan lah berzikir... 
sesungguhnya dengan berzikir 
itu daapt melembutkan hati 
yang keras(hati yang mati)... 
zikir itu umpama titisan air yang 
menitik diatas batu.. jika 
dilakukan (zikir) berterus- 
terusan, lama2 batu (hati) yang 
keras itu akan lekuk (lembut) jua

Sejarah Solat Lima Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan 
Nabi Terakhir yang diutuskan oleh 
Allah SWT untuk membimbing manusia 
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti 
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi 
Muhammad telah diperintahkan untuk 
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. 
Ini merupakan kelebihan dan anugerah 
Allah SWT terhadap umat nabi 
Muhammad dimana solat tersebut 
akan memberikan perlindungan ketika 
di hari pembalasan kelak. Berikut 
diterangkan asal-usul bagaimana setiap 
solat mula dikerjakan. 

Subuh: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu 
ketika baginda keluar dari syurga lalu 
diturunkan ke bumi. Perkara pertama 
yang dilihatnya ialah kegelapan dan 
baginda berasa takut yang amat 
sangat. Apabila fajar subuh telah 
keluar, Nabi Adam a.s. pun 
bersembahyang dua rakaat. 
Rakaat pertama: Tanda bersyukur 
kerana baginda terlepas dari kegelapan 
malam. 
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana 
siang telah menjelma. 

Zohor: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu 
tatkala Allah SWT telah memerintahkan 
padanya agar menyembelih anaknya 
Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang 
pada waktu tergelincir matahari, lalu 
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat 
rakaat. 
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi 
penebusan. 
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana 
dibukakan dukacitanya dan juga 
anaknya. 
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan 
memohon akan keredhaan Allah SWT. 
Rakaat keempat: Tanda bersyukur 
kerana korbannya digantikan dengan 
tebusan kibas. 

Asar: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala 
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT 
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah 
memuntahkan Nabi Yunus di tepi 
pantai, sedang ketika itu telah masuk 
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi 
Yunus lalu bersembahyang empat 
rakaat kerana baginda telah 
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 
4 kegelapan iaitu: 
Rakaat pertama: Kelam dengan 
kesalahan. 
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. 
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. 
Rakaat keempat: Kelam dengan perut 
ikan Nun. 

Maghrib: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu 
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah 
SWT dari kejahilan dan kebodohan 
kaumnya, sedang waktu itu telah 
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi 
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat 
kerana diselamatkan dari kejahilan 
tersebut iaitu: 
Rakaat pertama: Untuk menafikan 
ketuhanan selain daripada Allah yang 
Maha Esa. 
Rakaat kedua: Untuk menafikan 
tuduhan dan juga tohmahan ke atas 
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh 
melakukan perbuatan sumbang. 
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan 
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu 
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua 
atau tiganya. 

Isyak: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada 
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat 
mencari jalan keluar dari negeri 
Madyan, sedang dalam dadanya 
penuh dengan perasaan dukacita. 
Allah SWT menghilangkan semua 
perasaan dukacitanya itu pada waktu 
Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah 
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda 
bersyukur. 
Rakaat pertama: Tanda dukacita 
terhadap isterinya. 
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap 
saudaranya Nabi Harun. 
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap 
Firaun. 
Rakaat keempat: Tanda dukacita 
terhadap anak Firaun 

Sumber: Buku "Formula Solat 
Sempurna" 
Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah ini 
disampaikan pada 9hb 
Zulhijjah, tahun 10 
Hijriah di Lembah 
Uranah, Gunung Arafah : 
"Wahai manusia, 
dengarlah baik- 
baik apa yang hendak 
kukatakan, Aku tidak 
mengetahui apakah aku 
dapat bertemu lagi 
dengan kamu semua selepas tahun 
ini. Oleh itu dengarlah dengan telti 
kata-kataku ini dan 
sampaikanlah ia kepada orang- 
orang yang tidak dapat hadir disini 
pada hari ini. 
Wahai manusia, sepertimana kamu 
menganggap bulan ini dan Kota ini 
sebagai suci, maka anggaplah jiwa 
dan harta setiap orang Muslim 
sebagai amanah suci.Kembalikan 
harta yang diamanahkan kepada 
kamu kepada pemiliknya yang 
berhak.Janganlah kamu sakiti 
sesiapapun agar orang lain tidak 
menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa 
sesungguhnya, kamu akan menemui 
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat 
perhitungan diatas segala amalan 
kamu. Allah telah mengharamkan 
riba, oleh itu segala urusan yang 
melibatkan riba dibatalkan sekarang. 
Berwaspadalah terhadap syaitan 
demi keselamatan agama kamu. Dia 
telah berputus asa untuk 
menyesatkan kamu dalam perkara- 
perkara besar, maka berjaga-jagalah 
supaya kamu tidak mengikuti dalam 
perkara-perkara kecil. 
Wahai Manusia Sebagaimana kamu 
mempunyai hak atas isteri kamu 
mereka juga mempunyai hak di atas 
kamu. Sekiranya mereka 
menyempurnakan hak mereka 
keatas kamu, maka mereka, juga 
berhak untuk diberi makan dan 
pakaian dalam Susana kasih 
sayang. Layanilah wanita-wanita 
kamu dengan baik dan berlemah- 
lembutlah terhadap mereka kerana 
sesungguhnya mereka adalah teman 
dan pembantu kamu yang setia. Dan 
hak kamu atas mereka ialah 
mereka sama sekali tidak boleh 
memasukkan orang yang kamu tidak 
sukai kedalam rumah kamu dan 
dilarang melakukan zina. 
Wahai Manusia, dengarlah 
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, 
sembahlah Allah, dirikanlah 
sembahyang lima kali sehari, 
berpuasalah di bulan Ramadhan, 
dan tunaikankanlah zakat dari harta 
kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah 
Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui 
bahawa setiap Muslim adalah 
saudara kepada Muslim yang lain. 
Kamu semua adalah sama; tidak 
seorang pun yang lebih mulia dari 
yang lainnya kecuali dalam Taqwa 
dan beramal saleh. 
Ingatlah, bahawa, 
kamu akan menghadap Allah pada 
suatu hari untuk dipertanggung 
jawabkan diatas segala apa yang 
telah kamu kerjakan. Oleh itu 
Awasilah agar jangan sekali-kali 
kamu terkeluar dari landasan 
kebenaran selepas ketiadaaku. 
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi 
atau Rasul yang akan datang 
selepasku dan tidak akan ada lain 
agama baru. Oleh itu wahai 
manusia, nilailah dengan betul dan 
fahamilah kata-kataku yang telah aku 
sampaikan kepada 
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan 
kepada kamu dua perkara yang 
sekiranya kamu berpegang teguh 
dan mengikuti kedua-duanya, necaya 
kamu tidak akan tersesat selama- 
lamanya. Itulah ALQURAN dan 
SUNNAHKU. 
Hendaklah orang-orang yang 
mendengar ucapanku, 
menyampaikan pula kepada orang 
lain. Semoga yang terakhir lebih 
memahami kata-kataku dari mereka 
yang terus mendengar 
dariku. Saksikanlah Ya Allah, 
bahawasanya telah aku sampaikan 
risalahMu kepada hamba- 
hambaMU.

Solat jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu 
Hurairah r.a keduanya 
menceritakan bahawa mereka 
mendengar daripada Rasulullah 
s.a.w ketika baginda sedang 
berkhutbah di atas mimbar, 
sabdanya: 

“Hendaklah orang-orang yang suka 
meninggalkan Jumaat menghentikan 
perbuatan mereka itu, atau adakah 
mereka mahu Allah membutakan 
hati mereka dan sesudah itu mereka 
betul-betul menjadi orang yang 
lalai?” – (H.R Muslim) 

Huraian : 
Meninggalkan solat Jumaat 
merupakan perbuatan yang ditegah 
kerana solat jumaat hukumnya 
adalah fardhu ain ke atas setiap 
individu muslim. Orang yang 
meringan-ringankan hukum Allah 
ini akan mengundang kemurkaan- 
Nya dan mereka bakal menerima 
balasan yang setimpal dengan dosa 
yang dilakukan. 

Bahkan orang yang enggan mentaati 
suruhan Allah pintu hatinya lama- 
kelamaan akan tertutup daripada 
mendapat hidayah menjadikan 
mereka semakin sesat dan tanpa 
segan terus melakukan dosa-dosa 
yang lain. 

Sesungguhnya orang yang 
dibenarkan meninggalkan solat 
Jumaat hanyalah mereka yang 
menghadapi kesukaran yang 
mencapai darjah keuzuran syar’i 
sepertimana yang berlaku kepada 
orang sakit dan orang musafir. 
Oleh itu sekiranya seseorang itu 
tiada sebarang alasan yang 
munasabah di sisi syarak untuk 
meninggalkan solat Jumaat, maka 
hendaklah mereka mengerjakannya 
kerana solat Jumaat selain 
dariapada suatu kewajiban dalam 
beribadat kepada Allah S.W.T ia 
juga merupakan suatu syiar Islam 
yang wajib dipelihara demi menjaga 
kesucian agama.

Jumaat, 30 Disember 2011

inai

Ada seorang sahabat yang mendirikan rumah tangga bertanyakan hukum lelaki memakai inai di tangan. Seringkali dalam majlis Perkahwinan, si pengantin lelaki akan memakai ini tanpa menyelidik dahulu hukum pemakaian tersebut, maka sama-sama kita meneliti hukumnya:

Inai atau dalam bahasa arabnya Al-Hinnaa'/henna.

Hukum pemakaiannya;

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu' lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian. Ini diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya bahawa Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, jangan sebarang wangian ketika kamu berada dlm ihram. Juga pada henna kerana ia juga adalah wangian. (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma،اrifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam At-tamheed)

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu. (hadith riwayat abu dawud)

Abu Hurairah R.a meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn henna (inai) dibawa ke hadapan rasulullah. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami', 2502)

3 hadith di dalam hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti memakai wangian dgn tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

Hadith yang kedua dan ketiga, bahawa galakan rasulullah S.A.W menyuruh kaum wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara lelaki dan perempuan. DI sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.