Halaman

Selasa, 12 Februari 2013

Sejarah Solat Lima Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan 
Nabi Terakhir yang diutuskan oleh 
Allah SWT untuk membimbing manusia 
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti 
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi 
Muhammad telah diperintahkan untuk 
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. 
Ini merupakan kelebihan dan anugerah 
Allah SWT terhadap umat nabi 
Muhammad dimana solat tersebut 
akan memberikan perlindungan ketika 
di hari pembalasan kelak. Berikut 
diterangkan asal-usul bagaimana setiap 
solat mula dikerjakan. 

Subuh: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu 
ketika baginda keluar dari syurga lalu 
diturunkan ke bumi. Perkara pertama 
yang dilihatnya ialah kegelapan dan 
baginda berasa takut yang amat 
sangat. Apabila fajar subuh telah 
keluar, Nabi Adam a.s. pun 
bersembahyang dua rakaat. 
Rakaat pertama: Tanda bersyukur 
kerana baginda terlepas dari kegelapan 
malam. 
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana 
siang telah menjelma. 

Zohor: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu 
tatkala Allah SWT telah memerintahkan 
padanya agar menyembelih anaknya 
Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang 
pada waktu tergelincir matahari, lalu 
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat 
rakaat. 
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi 
penebusan. 
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana 
dibukakan dukacitanya dan juga 
anaknya. 
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan 
memohon akan keredhaan Allah SWT. 
Rakaat keempat: Tanda bersyukur 
kerana korbannya digantikan dengan 
tebusan kibas. 

Asar: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala 
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT 
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah 
memuntahkan Nabi Yunus di tepi 
pantai, sedang ketika itu telah masuk 
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi 
Yunus lalu bersembahyang empat 
rakaat kerana baginda telah 
diselamatkan oleh Allah SWT daripada 
4 kegelapan iaitu: 
Rakaat pertama: Kelam dengan 
kesalahan. 
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut. 
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam. 
Rakaat keempat: Kelam dengan perut 
ikan Nun. 

Maghrib: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu 
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah 
SWT dari kejahilan dan kebodohan 
kaumnya, sedang waktu itu telah 
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi 
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat 
kerana diselamatkan dari kejahilan 
tersebut iaitu: 
Rakaat pertama: Untuk menafikan 
ketuhanan selain daripada Allah yang 
Maha Esa. 
Rakaat kedua: Untuk menafikan 
tuduhan dan juga tohmahan ke atas 
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh 
melakukan perbuatan sumbang. 
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan 
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu 
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua 
atau tiganya. 

Isyak: 
Manusia pertama yang mengerjakan 
solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada 
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat 
mencari jalan keluar dari negeri 
Madyan, sedang dalam dadanya 
penuh dengan perasaan dukacita. 
Allah SWT menghilangkan semua 
perasaan dukacitanya itu pada waktu 
Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah 
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda 
bersyukur. 
Rakaat pertama: Tanda dukacita 
terhadap isterinya. 
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap 
saudaranya Nabi Harun. 
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap 
Firaun. 
Rakaat keempat: Tanda dukacita 
terhadap anak Firaun 

Sumber: Buku "Formula Solat 
Sempurna" 
Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan