Halaman

Selasa, 12 Februari 2013

Solat jumaat

Dari Abdullah bin Umar dan Abu 
Hurairah r.a keduanya 
menceritakan bahawa mereka 
mendengar daripada Rasulullah 
s.a.w ketika baginda sedang 
berkhutbah di atas mimbar, 
sabdanya: 

“Hendaklah orang-orang yang suka 
meninggalkan Jumaat menghentikan 
perbuatan mereka itu, atau adakah 
mereka mahu Allah membutakan 
hati mereka dan sesudah itu mereka 
betul-betul menjadi orang yang 
lalai?” – (H.R Muslim) 

Huraian : 
Meninggalkan solat Jumaat 
merupakan perbuatan yang ditegah 
kerana solat jumaat hukumnya 
adalah fardhu ain ke atas setiap 
individu muslim. Orang yang 
meringan-ringankan hukum Allah 
ini akan mengundang kemurkaan- 
Nya dan mereka bakal menerima 
balasan yang setimpal dengan dosa 
yang dilakukan. 

Bahkan orang yang enggan mentaati 
suruhan Allah pintu hatinya lama- 
kelamaan akan tertutup daripada 
mendapat hidayah menjadikan 
mereka semakin sesat dan tanpa 
segan terus melakukan dosa-dosa 
yang lain. 

Sesungguhnya orang yang 
dibenarkan meninggalkan solat 
Jumaat hanyalah mereka yang 
menghadapi kesukaran yang 
mencapai darjah keuzuran syar’i 
sepertimana yang berlaku kepada 
orang sakit dan orang musafir. 
Oleh itu sekiranya seseorang itu 
tiada sebarang alasan yang 
munasabah di sisi syarak untuk 
meninggalkan solat Jumaat, maka 
hendaklah mereka mengerjakannya 
kerana solat Jumaat selain 
dariapada suatu kewajiban dalam 
beribadat kepada Allah S.W.T ia 
juga merupakan suatu syiar Islam 
yang wajib dipelihara demi menjaga 
kesucian agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan