Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok, menghasilkan bayang yang lurus .. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah Didiklah mereka dengan panduan dariNYA Jangan coba menjinakkan mereka dengan harta karena nantinya mereka semakin liar Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan karena nantinya mereka akan semakin derita Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal Di situlah puncak kekuatan dunia .. Akal setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu Hati serapuh kaca Kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak Ingatlah perananmu wahai lelaki bergelar pemimpin.. ""
Selasa, 19 Februari 2013
Khamis, 14 Februari 2013
Akibat Zina
ZINA merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat amnya. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret kearah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah :
1- Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2- Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3- Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4- Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5- Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6- Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7- Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8- Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9- Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10- Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.
11- Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.
12- Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13- Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14- Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya, namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.
15- Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa . Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.
16- Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.
17- Pezina laki-laki bererti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.
18- Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.
19- Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.
20- Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.
21- Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.
Hukuman Zina
Demikianlah besarnya bahaya dosa zina, sehingga Ibnul Qayyim, ketika mengulas tentang hukuman bagi penzina, berkata: “Allah telah mengkhususkan hadd (hukuman) bagi pelaku zina dengan tiga kekhususan iaitu:
Pertama, hukuman mati secara hina (rejam) bagi pezina kemudian diringankan (bagi yang belum nikah) dengan dua jenis hukuman, hukuman fizikal yakni dirotan seratus kali dan hukuman mental dengan diasingkan selama satu tahun.
Kedua, Allah secara khusus menyebutkan larangan merasa kasihan terhadap penzina. Umumnya sifat kasihan adalah diharuskankan bahkan Allah itu Maha Pengasih namun rasa kasihan ini tidak boleh sehingga menghalang dari menjalankan syariat Allah. Hal ini ditekankan kerana orang biasanya lebih kasihan kepada penzina daripada pencuri, perompak, pemabuk dan sebagainya. Di samping itu penzinaan boleh dilakukan oleh siapa sahaja termasuk orang kelas atasan yang mempunyai kedudukan tinggi yang menyebabkan orang yang menjalankan hukuman merasa enggan dan kasihan untuk menjalankan hukuman.
Ketiga, Allah memerintahkan agar pelaksanaan hukuman zina disaksikan oleh orang-orang mukmin dengan maksud menjadi pengajaran dan memberikan kesan positif bagi kebaikan umat.
Beberapa Perkara Penting Yang Perlu Diperhatikan
1- Orang yang berzina dengan banyak pasangan lebih besar dosanya daripada yang berzina hanya dengan satu orang, demikian juga orang yang melakukanya berkali-kali dosanya lebih besar daripada yang melakukannya hanya sekali.
2- Penzina yang berani melakukan maksiat ini dengan terang-terangan lebih buruk daripada mereka yang melakukannya secara sembunyi-sembunyi.
3- Berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada dengan wanita yang tidak bersuami kerana adanya unsur perbuatan zalim (terhadap suami wanita), boleh menyalakan api permusuhan dan merosak keutuhan rumah tangganya.
4- Berzina dengan jiran lebih besar dosanya daripada orang yang jauh rumahnya.
5- Berzina dengan wanita yang sedang ditinggalkan suami kerana perang (jihad) lebih besar dosanya daripada dengan wanita lain.
6- Berzina dengan wanita yang ada pertalian darah atau mahram lebih jahat dan hina daripada dengan yang tidak ada hubungan mahram.
7- Ditinjau dari segi waktu maka berzina di bulan Ramadhan, baik siangnya ataupun malamnya, lebih besar dosanya daripada waktu-waktu lain.
8- Kemudian dari segi tempat dilakukannya, maka berzina di tempat-tempat suci dan mulia lebih besar dosanya deripada tempat yang lain.
9- Pezina muhson (yang sudah bersuami atau beristeri) lebih hina daripada gadis atau jejaka, orang tua lebih buruk daripada pemuda, orang alim lebih buruk daripada yang jahil dan orang yang berkemampuan (terutama dari segi ekonomi) lebih buruk deripada orang fakir atau lemah.
Bertaubat:,
Bertaubat ini bukan khusus hanya kepada penzina, bahkan kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan jalan untuk terjadinya zina, membantu dan memberi peluang kepada pelakunya dan siapa saja yang ikut terlibat di dalamnya. Hendaknya mereka semua segera kembali dan bertaubat dengan sungguh-sungguh, menyesali apa yang pernah dilakukannya dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak kembali melakukannya. Dan yang paling penting adalah memutuskan hubungun dengan siapa sahaja dan apa sahaja yang boleh menarik ke arah perbuatan keji tersebut. Dengan demikian diharapkan Allah akan menerima taubat itu dan mengampuni segala dosa yang pernah dilakukan, dan ingatlah, tidak ada istilah ‘putus asa’ dalam mencari rahmat Allah.
Allah berfirman, mafhumnya:
“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;” (Al-Furqaan 25:68)
“Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan,” (Al-Furqaan 25:69)
“Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Furqaan 25:70)
Dipetik dari: Risalah Daarul Wathan judul Min mafasid az-zina, karya Muhammad bin Ibrahim al Hamd.
Wallahu’alam….
Selasa, 12 Februari 2013
Tanda-Tanda Hati Yang Mati
→ Berani meninggalkan solat
dengan sengaja tanpa keuzuran
→ Tenang tanpa merasa
berdosa padahal sedang
melakukan dosa2 besar
→ Tidak tersentuh hatinya bila
mendengar ayat-ayat
Alquran...bahkan menjauhi nya
pula
→ Terus menerus melakukan
maksiat dan dengan bangga
melakukan maksiat itu..malah
dipertontonkan pula
kemaksiatan yang dilakukan
supaya menjadi ikutan pada
yang lain
→ Sibuknya gelak
ketawa..mengumpat, mengata
dan buruk sangka daripada
mengingati Allah Swt dan
RasulNya
→ Sangat benci bila mendengar
nasihat yang baik dan benci
pada para alim ulama
→ Tidak ada rasa takut akan
peringatan kematian, kuburan
dan akhirat..(seksa dan azab)
→ Gilanya pada dunia (harta
dan kemewahan) tanpa peduli
dosa
→ Senang melihat orang susah
dan menderita...malahan
mengaut pula keuntungan
daripada derita orang tersebut
||bagaimana hendak menjaga
hati daripada mati???||
→ jangan tinggal solat 5 waktu
dan perbanyakkan lah berzikir...
sesungguhnya dengan berzikir
itu daapt melembutkan hati
yang keras(hati yang mati)...
zikir itu umpama titisan air yang
menitik diatas batu.. jika
dilakukan (zikir) berterus-
terusan, lama2 batu (hati) yang
keras itu akan lekuk (lembut) jua
Sejarah Solat Lima Waktu
Nabi Muhammad SAW merupakan
Nabi Terakhir yang diutuskan oleh
Allah SWT untuk membimbing manusia
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti
umat nabi-nabi yang lain, umat nabi
Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah
Allah SWT terhadap umat nabi
Muhammad dimana solat tersebut
akan memberikan perlindungan ketika
di hari pembalasan kelak. Berikut
diterangkan asal-usul bagaimana setiap
solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan
solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu
ketika baginda keluar dari syurga lalu
diturunkan ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan dan
baginda berasa takut yang amat
sangat. Apabila fajar subuh telah
keluar, Nabi Adam a.s. pun
bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur
kerana baginda terlepas dari kegelapan
malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan
solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu
tatkala Allah SWT telah memerintahkan
padanya agar menyembelih anaknya
Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang
pada waktu tergelincir matahari, lalu
sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat
rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi
penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana
dibukakan dukacitanya dan juga
anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan
memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur
kerana korbannya digantikan dengan
tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan
solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala
baginda dikeluarkan oleh Allah SWT
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah
memuntahkan Nabi Yunus di tepi
pantai, sedang ketika itu telah masuk
waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi
Yunus lalu bersembahyang empat
rakaat kerana baginda telah
diselamatkan oleh Allah SWT daripada
4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan
kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut
ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan
solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu
ketika baginda dikeluarkan oleh Allah
SWT dari kejahilan dan kebodohan
kaumnya, sedang waktu itu telah
terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi
Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat
kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan
ketuhanan selain daripada Allah yang
Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan
tuduhan dan juga tohmahan ke atas
ibunya Siti Mariam yang telah dituduh
melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan
kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu
iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua
atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan
solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada
ketika itu, Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya
penuh dengan perasaan dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua
perasaan dukacitanya itu pada waktu
Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah
Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda
bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita
terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap
saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap
Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita
terhadap anak Firaun
Sumber: Buku "Formula Solat
Sempurna"
Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W
Khutbah ini
disampaikan pada 9hb
Zulhijjah, tahun 10
Hijriah di Lembah
Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia,
dengarlah baik-
baik apa yang hendak
kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku
dapat bertemu lagi
dengan kamu semua selepas tahun
ini. Oleh itu dengarlah dengan telti
kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir disini
pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan Kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa
dan harta setiap orang Muslim
sebagai amanah suci.Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada
kamu kepada pemiliknya yang
berhak.Janganlah kamu sakiti
sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhnya, kamu akan menemui
Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan
riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba dibatalkan sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan
demi keselamatan agama kamu. Dia
telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-
perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikuti dalam
perkara-perkara kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas
kamu. Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka
keatas kamu, maka mereka, juga
berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam Susana kasih
sayang. Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik dan berlemah-
lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman
dan pembantu kamu yang setia. Dan
hak kamu atas mereka ialah
mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak
sukai kedalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini,
sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadhan,
dan tunaikankanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah
Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui
bahawa setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim yang lain.
Kamu semua adalah sama; tidak
seorang pun yang lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam Taqwa
dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa,
kamu akan menghadap Allah pada
suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang
telah kamu kerjakan. Oleh itu
Awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan
kebenaran selepas ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan ada lain
agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada
kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yang
sekiranya kamu berpegang teguh
dan mengikuti kedua-duanya, necaya
kamu tidak akan tersesat selama-
lamanya. Itulah ALQURAN dan
SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku,
menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka
yang terus mendengar
dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan
risalahMu kepada hamba-
hambaMU.
Solat jumaat
Dari Abdullah bin Umar dan Abu
Hurairah r.a keduanya
menceritakan bahawa mereka
mendengar daripada Rasulullah
s.a.w ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar,
sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka
meninggalkan Jumaat menghentikan
perbuatan mereka itu, atau adakah
mereka mahu Allah membutakan
hati mereka dan sesudah itu mereka
betul-betul menjadi orang yang
lalai?” – (H.R Muslim)
Huraian :
Meninggalkan solat Jumaat
merupakan perbuatan yang ditegah
kerana solat jumaat hukumnya
adalah fardhu ain ke atas setiap
individu muslim. Orang yang
meringan-ringankan hukum Allah
ini akan mengundang kemurkaan-
Nya dan mereka bakal menerima
balasan yang setimpal dengan dosa
yang dilakukan.
Bahkan orang yang enggan mentaati
suruhan Allah pintu hatinya lama-
kelamaan akan tertutup daripada
mendapat hidayah menjadikan
mereka semakin sesat dan tanpa
segan terus melakukan dosa-dosa
yang lain.
Sesungguhnya orang yang
dibenarkan meninggalkan solat
Jumaat hanyalah mereka yang
menghadapi kesukaran yang
mencapai darjah keuzuran syar’i
sepertimana yang berlaku kepada
orang sakit dan orang musafir.
Oleh itu sekiranya seseorang itu
tiada sebarang alasan yang
munasabah di sisi syarak untuk
meninggalkan solat Jumaat, maka
hendaklah mereka mengerjakannya
kerana solat Jumaat selain
dariapada suatu kewajiban dalam
beribadat kepada Allah S.W.T ia
juga merupakan suatu syiar Islam
yang wajib dipelihara demi menjaga
kesucian agama.